Assalamualaikum..
hye semua..
pada post kali ni..saya nak cerita kan pasal cerita di antara saya dan dia..dia orang yang amat saya sayang..cinta..dan saya x pernah mencintai dan menyanyangi mana2 perempuan sebagai mana saya menyanyangi beliau (selepas keluarga saya ok)...
Bibik mula perkenalan adalah pada tahun akhir ketika diploma..iaitu lebih kurang 2 tahun yang lepas...tapi sebenarnya saya telah lama memerhatikan dia sejak minggu kedua tahun pertama diploma saya di UMP...dia mengambil kursus yang berlainan dengan saya...saya ambil kejuruteraan komputer manakala dia mengambil kejuruteraan awam..tak sama kelas..x sama fakulti...macam mana saya kenal dia? saya nampak dia buat pertama kali nya di kafe..pada masa itu saya sedang makan dengan kawan saya..dan saya ternampak dia bersama kawan2 nya yang sedang membeli makanan..saya pun beritahu kawan saya yang cantik nya perempuan tu..dan kawan saya kata..nak kenal?tu budak kelas aku..nama dia ******.....
dan sejak hari itu la saya selalu memerhatikan dia dan selalu mengirimkan salam kepada dia..
selama 3 tahun keadaan itu berterusan..hanya mampu memerhatikan dari jauh...dan mengirimkan salam..sampai kawan saya dah malas nak layan..dan oleh kerana dah malas nak layan..dia bagi no telefon perempuan yang saya suka itu kepada saya...
dan bermula episod2 perkenalan di antara kami..pada masa itu die sedang praktikal..kami selalu ber"sms"..hubungan kami amat rapat..segala masalah..pahit manis dikongsi bersama...dan selepas lebih kurang setahun bersms,chatting,bercakap melalui telefon..akhirnya saya berpeluang untuk berjumpa dengan nya buat kali pertama..saya dan kawan saya yg lain telah menjemput beliau di terminal bas..dan itulah kali pertama saya bercakap dengan dia ..berdepan..
amat manis..cantik..baik..itulah dia...
saya amat menyukai dia..sayang sangat..walaupun saya punyai ramai sangat kawan2 perempuan yang baik dan rapat dengan saya..tapi..saya x pernah rasa apa yang saya rasa apabila bersama dengan dia..saya rasa bahagia..suka sangat...dalam hati ini..amat sakit sekiranya dia tidak membalas mesej saya dan apabila dia bersama dengan lelaki lain...semua benda yang saya buat..termaksud la membuat blog ini..hanya untuk dia...saya hanya memikirkan dia...sebb saya sangat sayang kepada dia..dan saya mahu die sentiasa gembira..kami selalu bergaduh..oleh sebab benda2 kecil..ini mungkin kerana sifat saya yang terlalu cemburu atau memerlukan perhatian daripada dia..benda2 kecil pon menyebabkan kami bergaduh..buat dia sedih.saya minta maaf..saya x maksudkan semua itu...jauh di lubuk hati saya..saya amat sayang kat dia..dan x mahu dia sedih sbb saya...
hampir semua cerita dalam blog ini adalah tentang dia..orang yang saya amat sayang...
saya pernah meluahkan isi hati saya kepada dia..tapi..dia hanya boleh menerima dan menganggap saya sebagai sahabat yang baik sahaja...kenapa?adakah saya bukan lelaki idaman dia?
ya..
saya bukan lelaki idaman dia..
saya bukan lelaki yang boleh buat dia bangga dengan kawan2 nya..
saya bukan lelaki yang mampu untuk membawa dia berjalan2 selalu...
saya bukan lelaki yang yang memenuhi kriteria yang di ingin kan oleh semua gadis..
saya hanyalah lelaki gemuk..yang x pandai mengambil hati..xpernah serius..hanya tau kata2 manis...yang pentingkan diri(kata dia)...kebudak budakan...jahat...nakal..pemalas...dan yang semestinya bukan lelaki idaman...
tapi saya hanya lelaki yang boleh..
menghiburkan dia..buat dia ketawa ...temani dia ketika sedih...menyokong apa sahaja keputusan yang dia buat..memberi nasihat..dan menyangi dia dengan sepenuh hati ini..saya betul2 sayng kepada dia...
semua kawan2 saya menasihati saya supaya saya merelakan saja dia..biarlah dia dengan kehidupannya..tapi..saya x boleh..saya amat sayang.sangat2 sayang...kalau la sayang ni boleh di buang cam tu je..saya da buang..kalau la hati ini boleh dibasuh supaya sayang saya terhadapnya hilang..saya da buat...tapi..masih..saya masih sayang dia...sangat2..
lebih kurang setahun yang lepas..saya mendapat tahu...yang beliau sudah mempunyai kekasih hati...tapi kenapa dia tidak memberitahu saya?hati saya amat sakit ketika itu..ingin saya lari sahaja dari dunia dia..tapi saya x boleh..saya sayng dia..dan saya ingin tahu pasal dia...
selepas saya tahu dia ada kekasih..saya sering bergaduh dengan dia..sehingga la sampai satu tahap yang amat kritkal..kami tidak berhubung dalam satu jangka masa yang agak lama...
tapi saya..masih ingin mengetahui tentang perkembangan dia..melalui kawan...hari2..saya hanya akan melihat gambar dia..rindu sangat..tapi itu hanya pada sebelah pihak..dia bahagia dengan kekasih nya...
tapi..saya terima semua itu..mungkin sudah tersurat yang saya hanya mampu untuk menjadi kawan dia..kalau itu yang sudah tersurat..maka saya akan cuba untuk menjadi sahabat yang paling baik yang pernah dia kenali...saya akan sokong dia walau apapun yang dia buat..walaupun kadang2 apa yang dia buat tu tidak betul..tapi saya akan sokong dia..sebab saya amat sayang kan dia dan hanya ingin melihat dia gembira....
sekarang..hubungan saya dengan dia amat baik...bahagia..walaupun dia hanya menganggap saya sebagai kawan...best buddy...saya terima nya..dan sehingga sekarang..saya masih sayang dia..macam dulu..walaupun bermacam cara saya buat untuk lupakn dia..tapi..saya x boleh...maaf kan saya...kalau jodoh kita sebagai sahabat sahaja..saya terima...walaupun pahit harus ditelan jua...mmm..
kalau la dia tahu yg saya amat menyayangi beliau..mencintai beliau..alangkah baik nya...
ya..sebetulnya..saya ingin dan amat berharap kalau saya dapat mengambil beliau sebagai isteri..saya bukan main2..bukan hanya cinta main2..kalau korang semua nak tahu tentang satu2 nya benda yang saya serius...ni la..menyanyangi dia...saya amat serius...
saya hendak hidup bersama dia..bersama2 menempuhi hidup ini...
saya hendak mengembirakan dia...dengan segala apa yang saya ada...saya amat sayang beliau...sayang....sangat....
mungkin esok..mungkin lusa...saya akan meninggalkan ump ni..untuk menempuhi alam perkerjaan..saya akan menjalani latihan industri pada semester hadapan..saya akan meninggalkan dia di ump..macam mana keadaan dia nanti?
adakah dia akan menjaga makan minum dia?
adakah dia akan menjaga kesihatan dia?
adakah dia akan berusaha bersungguh2 untuk mencapai impian nya..??
saya harap dia akan buat yang terbaikk..apapun yang berlaku saya akan tetap bersama dia...
sbb saya sayang dia...
rasa sedih dan pilu dalam hati ini sekarang..sebb akan berjauhan dengan dia dan kawan2 yang lain...adakah kami akan tetap bahagia seperti sekarang pada kemudian hari?adakah dia akan merindui saya sebagai mana saya merindui dia?dan adakah dia akan dapat menyanyangi saya..sebagai mana saya menyanyangi dia?adakah kami akan bersama?
entah la..dia selalu berkata..kalau jodoh x kemana...saya harap korang doakan la supaya kami dapat bersama dan supaya dia dapat menyayangi saya sebagai mana saya...sbb sy amat menyayangi dia..dengan sepenuh hati saya...
awak..kalau awak baca blog ni...saya dah tiada da kat ump..saya mungkin sedang tidur dekat rumh..
sya,maaf kan saya..saya x delete lagi blog ni..sbb..blog ni amat berharga buat saya..kenangan saya sepanjang saya mengenali awak...blog ni simpan banyak sangat kenangan yang manis dan pahit...selama saya bersama awak....hanya neeq(kwn baik saya) dan awak sahaja yang tahu blog ni....saya x mahu perkara2 tertentu akan menjadi lebih sulit..jadi..awak simpan la blog ini untuk bacaan awak sahaja..kalau awak rindu saya..sms..call...saya akan ada untuk awak....sbb saya sayang awak sangat2...awak..terima kasih..sbb sudi makan2 dengan saya,lepak..berbual..bersms..melayan kerenah saya...dan terima kasih awak...sbb menjadi sebahagian daripada hidup saya..dan saya harap..awak akan terus menjadi sebahagiam daripada hati saya...dan awak..simpan lah dalam hati awak..dan ingat lah selalu..yang saya sayang awak lebih daripada mana2 lelaki yang awak kenal..dan saya sayang awak lebih daripada mana2 perempuan yang saya kenal..dan awak satu2 nya perempuan yang telah buat saya menangis...
jaga diri
sya...
with love,
zairie